Photobucket

Saturday, November 19, 2011

(Renungan) bagi muslimah yang belum bertudung


Kisah yang akan diceritakan selepas ini mungkin hanya cerita dongengan bagi sesetengah insan, namun bagi sesetengah insan lain yang ingin mencari Islam sebenar, kisah yang akan diceritakan selepas ini Insya’Allah akan memberi sedikit inspirasi kepada mereka untuk membentuk diri dan juga keluarga kita agar melaksanakan satu perintah besar daripada Al-Khaliq berkenaan penjagaan aurat khususnya untuk muslimah sekalian dengan sempurna.Kisah ini diceritakan daripada seorang sahabat.Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Aliya(bukan nama sebenar), seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,”Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Aliya kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Liya ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!”Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya ” Ya Allah, kenalkan Aliya dengan hukum-Mu”.Pada satu hari, ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, “Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta,bisu dan tuli?”. Lalu saya menjawab sambil lewa, “Kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri”.Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku? Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu. Saya sendiri jadi bingung. Bingung bercampur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah. Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri. Tak ketinggalan tahajudnya, bacaan Qur’annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan. Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan setelah saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke kampung. Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan. Ketika saya sampai di rumah, di depan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah. Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya. Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, “Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah di akhir hidupnya”. Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini – Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)Aliya: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!Isteri jiranku : Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.Aliya : Tapi, mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.Isteri jiranku : Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?Aliya : Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?Isteri jiranku : Aliya, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti. Tudung adalah salah satu perlindungan untuk wanita!Aliya : Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.Aliya : Apakah hakikat tudung?Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.Aliya : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?Isteri jiranku : Duhai Aliya, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan ‘tudung’ hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai Aliya, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua.Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab. Duhai Aliya, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung, Allah SWT.Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya. Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu“buta ,tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia”Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya. Amin.Subhanallah! Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua. Wassalam.

Sunday, November 13, 2011

layan KAU LAKSANA BULAN


akhirnya habis jugak aku membaca novel ni...buku novel ni kawan aku punya...dah berbulan2 aku pinjam baru semalam aku habis baca...faham2 lah sibuk sikit kan.
x sangka plak cite ni dh kuar drama erk...novel nie mmg best! tp klu tgok drama lagi best kn....perh!! nk tgok lah nnt....

nak taw: dlm drama tu mesti kne layan lgu nie.....OPICK RAPUH terbaik!

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Saturday, October 15, 2011

konvokesyen @ MMU Cyberjaya

Akhirnya Grad jugak aku...hehehe
best taw dapat p konvo...actuly...aku nie x la pndai sgt, tp sekurang-kurangnya dapat jugak aku habiskan diploma aku kt kolej multimedia utara tu...bila tgok gambar ni rasa bertuah sgt2 sbb x semua dpat rasa apa yg aku rasa....terasa pengorbanan penat lelah selama nie..berbaloi-baloi. alhamdulillah...syukur sgt2 kpd Allah S.W.T...
semoga apa yg aku dapat dan pelajari akan aku sumbangkan kpd bangsa agama dan negara...insyaallah.
.



Sunday, September 4, 2011

Blog ku yg kesepian...huhu

haha...tgok tajuk pon dh kesian dh lme sgt x update blog ni,,,,ape boleh bt...mcm busy sgt jew, padahal x lh bz pon, tp mls nk bukak huhu...

hari ni 4/9/2011- raya yg ke-6...

bestke raya thun ni?
boleh la...mcm thun2 lpas mlm raya org mai takbir rumah...makan yong tau fuu! taw...rugi r sape x mai...hehe...nk kata every year jugk r bt yong ni...mcm ni r kurang rupa die, bg sesapa yg x penah makn kn...sje nk g taw!
raya pertama cm besa pg2 lg dh p solat hari raya ngan family...cuma abg je xde sbb beraya gn ramah mak mertua dia kt bidor nuh! raya ke 2 baru dia balik gn isteri die...bertambah lh ahli keluagaku..alhamdulillah. mcm besa ptg raya blik kampung...belah mak n abah..n pg menziarah-ziarah ke rumah sedara mara yg terdekat...
raya ke-2 lepak kt umah habiskan msa ngan menonton tv..adik beradik n k.ipar,,malm tu beraya kt kmpung kt simpg 5..ramai gile penuh umah mcm kenduri...igt kn xde org...tp semuanya sedara2 saya :P
raya yg k4 mak aku bt umah terbuka tuk adik beradik makn mee rebus...best taw!(tp lupa nk snap gmbar raya taun nie...rugi!)

bak kate pepatah raya tahun nie best lah jugak!sebb aku dh keje...keje sementara jelah...tp best taw keje sbb dpt gaji...walaupun sikit tp bermakna...penat lelah kita...amin.
harap pas ni dpt keje lebih bagus lg...esok dh star keje lol :P
k tata!!!

Friday, April 29, 2011

siapa yg xnk lelaki idaman seperti ini?

lelaki idaman ..;-)

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman

Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah

Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

Yang sentiasa haus dengan ilmu

Yang sentiasa dahaga akan pahala

Yang solatnya adalah maruah dirinya

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya

Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga

Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam

Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara

Yang menjaga matanya dari berbelanja

Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa Matanya kepenatan kerana penat membaca Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir Tidurnya lena dengan cahaya keimanan Bangunnya subuh penuh kecergasan Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki Yang tidak terpesona dengan buaian dunia Kerana dia mengimpikan syurga Di situlah rumah idamannya Dan dia ingin membawa saya bersama Dialah lelaki idaman sayaCry


tp sesunguhnya jodoh itu urusan ALLAH kita hambanya hanya mampu merancang...dan menerimanya dengan redho...INSYAALLAH...



Thursday, March 17, 2011

oh sakit gigi??

Salam semua............bla korg tgok tajuk kt atas mesti tertanya2 knpa ya sya buat tajuk cmni...huhuhu...
sbbnya sya yg sakit gigi....huahuahua... :( (sedih)
bla gigi kta skit mmg perit sgt...tp skang x dah sbb sya dh 2 kli jmpa doktor...hahah...klu kita sakit gigi dinasihatkan cepat2 lah jumpa doktr ye sebelum melart...nasib bek gigi sya x kne cabut...yelah sya nie dh lma tinggal sekolah dh x igt nk p cek gigi...klu kt sekolah tiap2 thun doktor datang ke skolah untuk cek gigi kta...bla dh hbis skolah pandai2 lh kta pg jmpe mereka plak...tp kta ni baisalh bla dh kne bru nk berigat, lpasni sentiasa beringat lah ye!(pesanan untuk diri sendiri)

di sini sya nk bagi lah tips2 untuk menjga gigi ni harap dapat manfaat nya:

sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami pada atau disekeliling gigi. ia sering menjadi penyebab utama org ramai ke klinik pergigian terutama bg mereka yg mengabaikan kebersihan mulut( jgn terase ok)

Apa punca gigi sakit??
  1. kerosakan gigi (karies gigi)
  2. penyakit gusi (penyakit periondotium)
  3. gigi sensitif
  4. sakit pada sendi rahang
  5. sinus tersumbat
  6. sakit telinga
Apakah yg terjadi jika gigi yang rosak tidak dirawat??
  1. gigi mati
  2. gusi bengkak
  3. gigi dicabut atau kehilangan gigi
  4. kesukaran membuka mulut
  5. apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan sakit gigi?
  6. dapatkan rawatan di klinik pergigian secepat mungkin
walaubagaimanapun, anda boleh mengambil langkah2 berikut untuk mengurangkan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
  1. mengambil ubat penahan sakit
  2. berkumur-kumur atau gunakan flos untuk membuang sisa mkanan yang berada di celah-celah gigi
  3. kebaskan gusi, contoh dgn menghisap ais
Bagaimana untuk mencegah sakit gigi plak??
  1. mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yg baik
  2. berus gigi dengan mengunakan ubat gigi berflorida
  3. gunakan flos
  4. dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala
  5. kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula di antara waktu makn utama.
hahaha....yang ke-5 tu macm sya lah sejak akhir2 hari tu rajin sagt makn aiskrim sebab tu lah gigi cepat berlubang....seb bek dah tampal....huhu...tp mmg sedap mkn manis2san nie ha tgok ni


perh!! sedap x??? ermmm...sedapnya bukan x boleh mkn,,, boleh tp x bleh kerap sgt, igat lah pesanan2 di atas td tu ye...tips2 tu pon amik dkat pacik google..huhu...tq pakcik google hehe..tp tingin plak sok nk mkn kek coklat, jum sma2 kta try bt k

semoga sucses yeh!!
yang teringin sgt,
fara hany


Monday, March 7, 2011

Korea wedding stail melayu

Assalammualaikum semua.....

bila tengok tajuk di atas mesti terbayang kan perkawinan adat melayu, tp ade ke org korea nk ikot stail kita orang melayu ni..hurmm...mesti pelik kan?!!

ada! klu x percaya tengok pic nie:
perarakan siap ade kompang lg...

pelamin die meriahnye...macam pinang di belah dua...sama cantik sama padan!
"direnjis-renjis dipilis ditepungi air tawar hai beras kunyit di tabur"....sambungla haha

cantikkan org korea ni bla nek plamin...diorang dh aku bla lg yek??huhu

Thursday, March 3, 2011

Memandu guna otak

BRAINDRIVER akan memberi manfaat kepada golongan cacat untuk memandu tanpa menggunakan tangan.

APABILA memandu, gunalah otak." Ia merupakan ungkapan yang selalu kita dengar bagi mengingatkan para pemandu agar tidak memandu sesuka hati, sebaliknya menggunakan akal fikiran ketika berada di jalan raya.

Bagaimanapun, artikel ini bukan ingin memberi panduan memandu menggunakan otak atau pemanduan berhemah tetapi berkongsi maklumat mengenai kajian saintis yang berusaha memperkenalkan kaedah memandu kereta 'hanya menggunakan otak.'

Sememangnya saintis sebelum ini telah berusaha membangunkan pelbagai kaedah atau teknologi untuk membaca gelombang otak dan kemudiannya menterjemahkannya kepada tindakan mekanikal seperti mengawal tangan robot, permainan video dan sebagainya.

Ada juga kajian kawalan telefon dan televisyen yang sedang dijalankan oleh saintis.

Jangan anda tidak percaya, saintis kini juga sedang berusaha membangunkan teknologi bagaimana manusia boleh memandu kereta tanpa menggunakan tangan, sebaliknya hanya mengarahkannya melalui minda!

Aplikasi dikenali sebagai BrainDriver itu akan menghubungkan otak manusia dan komputer yang membolehkan kereta dipandu tanpa perlu memegang stereng.

Penyelidik yang diketuai oleh Raul Rojas, profesor bidang kepintaran buatan di Freie Universitat Berlin, Jerman, menggunakan "Emotiv neroheadset" untuk merekod aktiviti otak pemandu.

Set kepala neuro merupakan alat 'electroencephalography' atau EEG yang pada asalnya dibangunkan untuk kegunaan permainan video oleh syarikat Emotiv dari San Francisco, Amerika Syarikat.

Bagi seseorang pemandu yang ingin menggunakan sistem pemanduan tanpa tangan ini, mereka perlu melakukan beberapa latihan mental terlebih dahulu.

Melalui latihan ini, pemandu akan cuba mengalihkan barangan secara maya (di skrin komputer) dengan hanya menggunakan fikiran dan bukannya menggunakan tetikus.

Pemandu itu akan memakai set kepala Emotiv untuk merekodkan aktiviti mindanya supaya alat itu dapat mengenalinya dengan lebih baik.

Apa yang penting adalah komputer dapat memahami empat arahan penting pemandu iaitu "berhenti, mula, kiri dan kanan."

Dalam satu temu bual, Rojas memberitahu IEEE Spectrum, aplikasi BrainDriver masih di peringkat kajian dan masih tidak boleh digunakan untuk kegunaan di jalan raya.

Bagaimanapun, pembangunan aplikasi antara muka antara manusia dan mesin yang semakin baik akan membolehkan matlamat tersebut dicapai dalam dunia pemanduan.

Bagaimanapun, beberapa ujian yang dijalankan telah membuktikan perkara tersebut boleh dilakukan dan pemanduan tanpa tangan sememangnya boleh dilakukan dengan BrainDriver.

Kajian yang dikenali juga sebagai Projek AutoNOMOS diyakini akan memberikan bentuk pemanduan yang lebih selamat dan mesra alam di masa depan.

Ujian menunjukkan sensor yang dipasang pada kepada pemandu boleh menterjemahkan arahan-arahan mudah yang berkaitan dengan arah, kelajuan dan membrek.

Rojas berkata, sistem komputer yang berada dalam kereta boleh mengenalpasti apa yang dilakukan oleh kereta-kereta lain tetapi ia sukar mengesan arah pergerakan pejalan kaki.

Katanya, projek ini sememangnya leih tertumpu kepada pembangunan teknologi tetapi tidak mustahil ia akan boleh digunakan untuk pemandu-pemandu cacat di masa depan.

Bagi pemandu biasa pula, BrainDriver pula boleh meningkatkan tahap keselamatan seperti mengetahui bila pemandu berasa mengantuk atau tertidur dan kemudiannya mengejutkannya dengan bunyi atau gegaran.