Photobucket

Thursday, March 17, 2011

oh sakit gigi??

Salam semua............bla korg tgok tajuk kt atas mesti tertanya2 knpa ya sya buat tajuk cmni...huhuhu...
sbbnya sya yg sakit gigi....huahuahua... :( (sedih)
bla gigi kta skit mmg perit sgt...tp skang x dah sbb sya dh 2 kli jmpa doktor...hahah...klu kita sakit gigi dinasihatkan cepat2 lah jumpa doktr ye sebelum melart...nasib bek gigi sya x kne cabut...yelah sya nie dh lma tinggal sekolah dh x igt nk p cek gigi...klu kt sekolah tiap2 thun doktor datang ke skolah untuk cek gigi kta...bla dh hbis skolah pandai2 lh kta pg jmpe mereka plak...tp kta ni baisalh bla dh kne bru nk berigat, lpasni sentiasa beringat lah ye!(pesanan untuk diri sendiri)

di sini sya nk bagi lah tips2 untuk menjga gigi ni harap dapat manfaat nya:

sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami pada atau disekeliling gigi. ia sering menjadi penyebab utama org ramai ke klinik pergigian terutama bg mereka yg mengabaikan kebersihan mulut( jgn terase ok)

Apa punca gigi sakit??
  1. kerosakan gigi (karies gigi)
  2. penyakit gusi (penyakit periondotium)
  3. gigi sensitif
  4. sakit pada sendi rahang
  5. sinus tersumbat
  6. sakit telinga
Apakah yg terjadi jika gigi yang rosak tidak dirawat??
  1. gigi mati
  2. gusi bengkak
  3. gigi dicabut atau kehilangan gigi
  4. kesukaran membuka mulut
  5. apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan sakit gigi?
  6. dapatkan rawatan di klinik pergigian secepat mungkin
walaubagaimanapun, anda boleh mengambil langkah2 berikut untuk mengurangkan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
  1. mengambil ubat penahan sakit
  2. berkumur-kumur atau gunakan flos untuk membuang sisa mkanan yang berada di celah-celah gigi
  3. kebaskan gusi, contoh dgn menghisap ais
Bagaimana untuk mencegah sakit gigi plak??
  1. mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yg baik
  2. berus gigi dengan mengunakan ubat gigi berflorida
  3. gunakan flos
  4. dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala
  5. kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula di antara waktu makn utama.
hahaha....yang ke-5 tu macm sya lah sejak akhir2 hari tu rajin sagt makn aiskrim sebab tu lah gigi cepat berlubang....seb bek dah tampal....huhu...tp mmg sedap mkn manis2san nie ha tgok ni


perh!! sedap x??? ermmm...sedapnya bukan x boleh mkn,,, boleh tp x bleh kerap sgt, igat lah pesanan2 di atas td tu ye...tips2 tu pon amik dkat pacik google..huhu...tq pakcik google hehe..tp tingin plak sok nk mkn kek coklat, jum sma2 kta try bt k

semoga sucses yeh!!
yang teringin sgt,
fara hany


Monday, March 7, 2011

Korea wedding stail melayu

Assalammualaikum semua.....

bila tengok tajuk di atas mesti terbayang kan perkawinan adat melayu, tp ade ke org korea nk ikot stail kita orang melayu ni..hurmm...mesti pelik kan?!!

ada! klu x percaya tengok pic nie:
perarakan siap ade kompang lg...

pelamin die meriahnye...macam pinang di belah dua...sama cantik sama padan!
"direnjis-renjis dipilis ditepungi air tawar hai beras kunyit di tabur"....sambungla haha

cantikkan org korea ni bla nek plamin...diorang dh aku bla lg yek??huhu

Thursday, March 3, 2011

Memandu guna otak

BRAINDRIVER akan memberi manfaat kepada golongan cacat untuk memandu tanpa menggunakan tangan.

APABILA memandu, gunalah otak." Ia merupakan ungkapan yang selalu kita dengar bagi mengingatkan para pemandu agar tidak memandu sesuka hati, sebaliknya menggunakan akal fikiran ketika berada di jalan raya.

Bagaimanapun, artikel ini bukan ingin memberi panduan memandu menggunakan otak atau pemanduan berhemah tetapi berkongsi maklumat mengenai kajian saintis yang berusaha memperkenalkan kaedah memandu kereta 'hanya menggunakan otak.'

Sememangnya saintis sebelum ini telah berusaha membangunkan pelbagai kaedah atau teknologi untuk membaca gelombang otak dan kemudiannya menterjemahkannya kepada tindakan mekanikal seperti mengawal tangan robot, permainan video dan sebagainya.

Ada juga kajian kawalan telefon dan televisyen yang sedang dijalankan oleh saintis.

Jangan anda tidak percaya, saintis kini juga sedang berusaha membangunkan teknologi bagaimana manusia boleh memandu kereta tanpa menggunakan tangan, sebaliknya hanya mengarahkannya melalui minda!

Aplikasi dikenali sebagai BrainDriver itu akan menghubungkan otak manusia dan komputer yang membolehkan kereta dipandu tanpa perlu memegang stereng.

Penyelidik yang diketuai oleh Raul Rojas, profesor bidang kepintaran buatan di Freie Universitat Berlin, Jerman, menggunakan "Emotiv neroheadset" untuk merekod aktiviti otak pemandu.

Set kepala neuro merupakan alat 'electroencephalography' atau EEG yang pada asalnya dibangunkan untuk kegunaan permainan video oleh syarikat Emotiv dari San Francisco, Amerika Syarikat.

Bagi seseorang pemandu yang ingin menggunakan sistem pemanduan tanpa tangan ini, mereka perlu melakukan beberapa latihan mental terlebih dahulu.

Melalui latihan ini, pemandu akan cuba mengalihkan barangan secara maya (di skrin komputer) dengan hanya menggunakan fikiran dan bukannya menggunakan tetikus.

Pemandu itu akan memakai set kepala Emotiv untuk merekodkan aktiviti mindanya supaya alat itu dapat mengenalinya dengan lebih baik.

Apa yang penting adalah komputer dapat memahami empat arahan penting pemandu iaitu "berhenti, mula, kiri dan kanan."

Dalam satu temu bual, Rojas memberitahu IEEE Spectrum, aplikasi BrainDriver masih di peringkat kajian dan masih tidak boleh digunakan untuk kegunaan di jalan raya.

Bagaimanapun, pembangunan aplikasi antara muka antara manusia dan mesin yang semakin baik akan membolehkan matlamat tersebut dicapai dalam dunia pemanduan.

Bagaimanapun, beberapa ujian yang dijalankan telah membuktikan perkara tersebut boleh dilakukan dan pemanduan tanpa tangan sememangnya boleh dilakukan dengan BrainDriver.

Kajian yang dikenali juga sebagai Projek AutoNOMOS diyakini akan memberikan bentuk pemanduan yang lebih selamat dan mesra alam di masa depan.

Ujian menunjukkan sensor yang dipasang pada kepada pemandu boleh menterjemahkan arahan-arahan mudah yang berkaitan dengan arah, kelajuan dan membrek.

Rojas berkata, sistem komputer yang berada dalam kereta boleh mengenalpasti apa yang dilakukan oleh kereta-kereta lain tetapi ia sukar mengesan arah pergerakan pejalan kaki.

Katanya, projek ini sememangnya leih tertumpu kepada pembangunan teknologi tetapi tidak mustahil ia akan boleh digunakan untuk pemandu-pemandu cacat di masa depan.

Bagi pemandu biasa pula, BrainDriver pula boleh meningkatkan tahap keselamatan seperti mengetahui bila pemandu berasa mengantuk atau tertidur dan kemudiannya mengejutkannya dengan bunyi atau gegaran.