Photobucket

Monday, January 31, 2011

Tempahan bahulu enak sekarang!

SEDIA MENERIMA TEMPAHAN PELBAGAI JENIS BAHULU SEPERTI BAHULU CERMAI,BAHULU COKLAT CHIP,BAHULU KEMBOJA,BAHULU IKAN DAN SEBAGAINYA.


Bahulu Kemboja

Bahulu

Bahulu Ikan

Rempeyek

Kuih Peneram


SESUAI UNTUK DIJADIKAN HANTARAN DAN DOORGIFT UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN.

BAHULU CERMAI - RM 20.00/BOX 100PCS

(sedia menerima tempahan bg pembungkusan )

BERMINAT, SILA HUBUNGI SAYA
0195246402 (CT )

TEMPAHAN AWAL AMATLAH DIGALAKKAN...

Tuesday, January 18, 2011

Tip-tip agar hilang mengantuk

Entry kli nie aku nk masukkan tips untuk hilangkan rsa ngantuk...
bukan ape adik aku slalu ngadu ngantuk waktu dlm klas n ble blik
skolah...jd aku try cari kt internet cmne nk atasi masalah die nie...
antara tip2 yg aku dpat adalah:
  • Makan gula-gula getah. Kunyahlah ia tanpa henti.
  • Sepak bucu-bubu meja dengan kaki (Anda di nasihatkan buka kasut terlebih dahulu)
  • Ambil sekeping kertas A4 tegakkan dan tarikkan ia di antara dua jari telunjuk dan tengah.
  • Hina kawan sebelah anda secukup-cukupnya
  • Sentiasa berlari pecut untuk kemana-mana sahaja di dalam pejabat itu (Pergi tandas, pergi ke meja kawan dsb)
  • Cabut sehelai bulu hidung anda dengan lajunya.
  • Jangan makan atau minum sepanjang hari (Makan pada waktu malam sahaja). Sebabnya orang selalu mengantuk selepas makan.
  • Pesan pada penyambut tetamu pejabat anda supaya meng'interkom' anda setiap 5 min.
  • Buat secawan kopi panas dan tumpahkan ia atas baju dan seluar anda. (Tumpahkan pada kawan pun boleh juga - lebih afdal)
  • Ambil stapler dan staplekan cuping telinga anda atau telinga sesiapa sahaja yang berdekatan.
  • Tenung muka penyarah/tutor/cikgu dengan tajam.
tips nie berguna untuk sume org sama ade di tempat keje kolej/universiti




Jika semua ini maih belum dapat menghilangkan mengantuk anda itu, silalah pergi ke surau/bilik sembahyang dan tidurlah seketika (satu jam dah memadai)

Apabila Syaitan Bermesyuarat

Apabila Syaitan Bermesyuarat


Semoga kita akan terus memperbaiki diri kita dengan menyingkap
kehidupan mereka dalam menegakkan Islam yg suci... insyaAllah.
Secebis ilmu dr para blogger,tolong forwardkan untuk dikongsi
bersama...moga ianya mampu menjadi peringatan bersama, insyaAllah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
selawat dan salam di atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw,
para sahabat, syuhadak serta muslimin dan muslimat.

Syaitan Bermesyuarat (bacalah meskipun anda berada dalam kesibukan)
...tanpa kita sedari...

Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal
ucapannya, dia berkata, "Kita tidak dapat menghalang umat Islam
dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka
dari membaca Al-Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar.
Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah
perhubungan intim dengan Allah. Sebaik sahaja mereka dapat
menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka
akan terputus."

"Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah
mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung,
tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa
untuk membina perhubungan dengan Pencipta."

"Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah," kata Syaitan: "lalaikan
mereka dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan
perhubungan yang penting itu sepanjang hari."

"Bagaimana caranya?" jerit para iblis.

"Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah
dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi
minda mereka," jawabnya "pengaruhi mereka untuk belanja, belanja,
belanja dan hutang, hutang, hutang. Pujuk isteri-isteri mereka untuk
keluar bekerja buat jangkawaktu yang panjang dan suami-suami
mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 - 12 jam sehari, guna
untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu."

"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka.
Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka
tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."

"Rangsangkan minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi
mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio
atau keset sewaktu memandu, biarkan TV, VCD, CD dan PC mereka
sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai
dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan musik yang tidak
islamik. Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan
perhubungan dengan Allah."

"Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar. Sumbatkan
minda mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu
mereka dengan papan-papan iklan. Penuhkan peti-peti surat mereka
dengan mel remeh, katalog jual gaya pos, sweepstakes dan segala
jenis surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan
dan perkhidmatan percuma; dan impian palsu."

"Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam
majalah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan
luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak berpuas hati dengan
isteri-isteri mereka."

"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami
mereka di malam hari. Tambahkan sekali dengan pening kepala!
Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami
mereka, suami akan meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan
memporak-perandakan keluarga mereka dengan pantas."

"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut Kristian untuk
melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam
yang sebenar dan hari-hari perayaannya."

"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekreasi.
Buatlah sehingga mereka terlalu letih sesuai berekreasi. Sibukkan
mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi
dan memikirkan tentang ciptaan Allah. Sebaliknya hantarlah mereka
ke taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert
dan panggung wayang."

"Jadikan mereka SIBUK, SIBUK, SIBUK!"

"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian,
libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati
mereka tidak tenang ketika bersurai."

"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka
tidak mempunyai kesempatan meminta pertolongan dari Allah.
Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya dengan kederat
mereka sendiri, mengorbankan kesihatan dan keluarga mereka untuk
kerja-kerja amal tadi."

"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan calang-calang perancangan
ini! Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka
untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk
dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini. Hanya mempunyai
sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka.
Tidak berkesempatan untuk menceritakan kepada orang lain tentang
kekuasaan Allah agar terbuka hati mereka kepada Islam. Rasa saya,
persoalannya di sini,

"Adakah perancangan Syaitan ini telah berhasil?"

~ Hakimilah sendiri! Adakah sibuk (BUSY) bermakna :

B-eing U-nder S-atan's Y-oke? - Berada di bawah telunjuk Syaitan?

Wallahua'lam...

**Nukilan Hamba ALLAH buat MUHASABAH CINTA DAKU,
KAMU DAN SEKALIAN UMMAT.. (,^^)

Saturday, January 15, 2011

lirik lagu ni ok je

Ana Raffali – Tolong Ingatkan Aku (Lirik)

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku


siapa setuju ana rafali menang??
hehe...ramai yg x bpe setuju tp for me ok je...x kisah la nk bt cmne dh rezki die..
apapepon mmg x dijangka...tp wktu artis yg bertanding ritu sya suka yuna!...tp die x mng x pelah dh xde rezki..huuhuhu...tp lirik tolong igatkan aku mmg best!!...berila peluang pde artis2 bru k..daaa..

10 Peringatan dari Bumi

Berkata Anas bin Malik : "Setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akandimasukkan ke dalamnya kelak.

Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akandiazabkan di dalam perutku.

Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewadi dalam perutku.

Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akanmenyesal di dalam perutku.

Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

Engkau angkuh atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

p/S: ayuh, muhasabah diri kita. Sejauh mana kita mengamalkan perintah Allah & meninggalkan laranganNya.. (",)

Monday, January 10, 2011

sy tgh on9!!


salam.......

dah lme sgt x update blog nie....kesian kt blog sye nie, ish!ish!ish!......
tuan die nie npe mls sgt erk...huhuhu....tp sbenarnye bkn mls...tp xde mse nk jenguk kn...huhuhu..
internet pon bru buh kt umah nie....bru lar best le
h on9 salu....yahuuuu!!!!!!!
ble aku nk keje nie....ssh kn nk cri keje skang nie....hmmm...harap2 ade lar rezki aku kt luar sane kn...tp sbenarnya kt umah nie pon bnyak keje gak...nk kne bina web, bla lar aku nk star ek keje2 tu...minggu dpan lak aku kne amik test moto...harap2 lulus lah ya Allah...engkau permudahkan lah segala urusan ku...Amin.
aku tercari2 lesen P?, kerja?, jodoh?, ke bf?, shabat?..
harap2 ape yg aku cari slama nie akan dapt walupon dh bnyak dugaan yg aku tempihi sblum nie...
sabar jelah farah,,
"kadAnG2 AllaH SeMbunyi kn kiTa mAtaHAri,
dIe daTAngkAn pEtiR DaN kiLAt,
pUAs kiTA MenAngis tERtaNya2 keMaNA HiLAnGnNya MatAhAri,
RupA2Nya ALLah Nk hAdiahkan PelANgi "