Photobucket

Monday, August 23, 2010


21 ogos 2010-dua hari yang lepas genaplah usia aku 22 tahun...cepat sungguh masa berlalu..hampirku tidak sedar usia aku dah masuk 20 an..lebih.....dari dulu hingga sekarang aku masih di trong....kediamanku yang indah...dan aku tetap anak jati trong...selamanya...

Bismillahhirahmanirrahim......



Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku si yatim piatu ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.


Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.

Sunday, August 15, 2010

pic wanita solehah







Berkawanlah dengan rakan-rakan

yang sentiasa jaga solat
Kita kena cari kawan-kawan yang menjaga solat mereka. Kawan-kawan sebegini boleh saling ingat mengingati dalam melakukan perkara ibadah. Rakan-rakan kita tu setidak-tidaknya boleh memberikan kita motivasi untuk melaksanakan perintah Allah. Jadi, carilah dan dampingilah rakan-rakan yang baik dan menjaga solat mereka.

Cuba lawan nafsu sedaya mungkin

Kadang-kadang nafsu malas solat memang datang juga kepada kita. Jangan sesekali tewas dan mengikut rasa hati untuk tidak mendirikan solat. Lawan perasaan tersebut, jangan biarkan kita tewas. Setiap kali kita menang, ia akan berikan kekuatan tambahan bagi mendirikan solat pada waktu seterusnya.

Ingat ganjaran dan pahala bagi

orang yang menjaga solat
Cuba ingat dan fikirkan ganjaran bagi orang yang bersusah payah menjaga solat. Pahala yang melimpah ruah yang boleh berganda sehingga 700 kali ganda, apatah lagi jika dilakukan

pula secara berjemaah.
Ini belum dikira penghapusan dosa bagi mereka yang melakukan solat secara konsisten. Ingatlah dari satu solat ke satu solat yang lain dapat menghapuskan dosa-dosa yang dibuat di antara kedua solat tersebut.

Jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang mencukupi
Ini terutamanya memberikan kesan pada solat subuh. Kalau kita tidur lewat dan tidur tak cukup, bagaimana untuk solat subuh? Memang liat laa jawabnya. Jadi, pastikan kita dapat tidur yang mencukupi. Ini akan dapat membantu kita lebih mudah untuk bangkit bagi mendirikan solat.

‘Set’ kan minda bawah sedar dan niat dalam hati

Peranan minda bawah sedar sebenarnya sangat penting. Sebenarnya minda bawah sedar ni adalah sangat berkait rapat dengan niat di dalam hati. Saya sarankan sebelum kita masuk tidur, cuba cakap pada diri kita, samaada cakap dalam hati atau cakap bisik pada diri sendiri. Pernahkah kita ada pengalaman seperti ini. Kalau kita memang dah set kan minda dan niat dalam hati macam tu, kita mesti boleh bangun punya walaupun tidur baru 2-3 jam!




Salam...lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di atas selama 10 saat, kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan anda.

Tunggu 10 saat. Lihatlah keajaibannya. Subhanallah..rasa sgt kagum dgn ilusi mata kurniaanNya ini...Cool ....(see the 3 circle in "Allah"...for the 10 second....then u see the wall behind u....)

Wednesday, August 11, 2010

Allhamdulillah....
dapat berjumpa lagi kita ramadhan kali ini,,,,pada tahun 2010...sekejap je masa berlalu dh smpi bulan ramadhan....aku nak ucapkan selamat menyambut bulan ramdhan n selamat berpuasa kpd seluruh umat islam terutama yang melihat blog aku ini...allhamdulillah td sempat jugak aku bt solat sunat tarawikh kt masjid Telekom Taiping ini...awal2 ramadhan saff penuh...sampi x cukup ruang ade yg kne solat kt luar...kesiannye,,xpe asalkan pahala dapat insyaallah...
bermulanya ramadhan bermula juga semester baru aku yang ke 7....ini adalah sem akhir aku disini...aku harap aku dapat manfaatkan masa2 aku sewaktu aku dikolej TM ini...semester ini isyaallah aku akn belajar bersungguh2,,,aku nk dapat 3 poiter ke atas...yaAllah yaTuhan ku..makbulkan permintaanku dan permudahkan urusanku ...Amin..

FADHILAT SOLAT SUNAT TARAWIKH

Pada sepuluh malam pertama, amalan Tarawikh dianggap malam untuk memperolehi rahmat Allah s.w.t.

Malam 1
telah terkeluar orang mukmin daripada dosanya seolah - olah ia baru dilahirkan dari kandungan ibu

Malam 2
diampunkan dosa orang yang menyempurnakan solat tarawikh serta kedua ibubapanya, jika keduanya itu orang yang beriman

Malam 3
akan berseru malaikat dari bawah Arash agar hamba Allah ini akan terus mendirikan Tarawikh dan mendoakan semoga Allah mengamouni dosanya yang telah lalu

Malam 4
mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang membaca kitab - kitab Allah

Malam 5
dianugerahi Allah akan pahala kepada hambanya seumpama orang yang mendirikan solat di Masjidil Haram, Masjidun Nabawi dan Masjid Aqsa

Malam 6
ganjaran pahala sama seperti 70 ribu Malaikat yang tawaf di Baitul Makmur serta mendapat doa daripada setiap batu - batu dan tanah - tanah supaya mengampunkan dosa orang yang mengerjakan solat sunat ini

Malam 7
soalah - olah bertemu dengan Nabi Allah Musa a.s dan membantunya berperang melawan Firaun dan Hamman dan menterinya

Malam 8
Allah s.w.t memberi ganjaran pahala seperti yang dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim a.s

Malam 9
seolah - olah menyembah Allah seperti Nabi - Nabi a.s (mutu ibadat hambaNya dipertingkatkan seolah - olah seperti ibadat para Nabi)

Malam 10
Allah memberi rezeki kepadanya kebaikan


Pada sepuluh malam kedua, amalan Tarawikh dianggap Pengampunan dosa dari Allah s.w.t

Malam 11
akan keluar dia dari dunia (mati) dalam keadaan bersih daripada dosa seperti ia baru lahir dari perut ibunya

Malam 12
datang ia pada hari Qiamat bercahaya dengan ibadatnya diibaratkan seperti bulan purnama

Malam 13
pada hari Qiamat ia datang dengan aman sentosa, bebas daripada kejahatan dan keburukan

Malam 14
solat Tarawikhnya disaksikan oleh Malaikat, dan Allah tidak menyesatkannya pada hari Qiamat

Malam 15
dipohonkan tambahan kebaikan ke atasnya oleh para Malaikat serta pembawa Arash dan Kursi

Malam 16
Allah mencatatkan dia bebas serta selamat daripada neraka dan bebas masuk ke syurga

Malam 17
pahala akan diberikan kepadanya sebanyak pahala para Nabi

Malam 18
Malaikat mengundangnya "Hai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepadamu dan kepada kedua orang tuamu

Malam 19
Allam mengangkat darjat orang ini di syurga Firdaus

Malam 20
pahala sebanyak para Syuhada dan Solehin diberikan kepadanya


Pada sepuluh malam akhir, amalan Tarawikh dianggap Pembebasan daripada api neraka

Malam 21
Allah membina sebuah rumah daripada cahaya di syurga

Malam 22
pada hari Qiamat dia akan datang dengan aman tanpa rasa susah dan duka

Malam 23
Allah membangunkan sebuah kota baginya di syurga

Malam 24
akan dikabulkan 24 doanya

Malam 25
siksa kubur baginya akan dihapuskan oleh Allah s.w.t

Malam 26
Allah meningkatkan baginya pahala selama 40 tahun

Malam 27
pada hari Qiamat dia akan menyeberangi titian Siratul Mustaqim dengan mudah dan cepat laksana petir menyambar

Malam 28
Allah mengangkat seribu darjat baginya di dalam syurga

Malam 29
Allah memberi kepadanya pahala seribu ibadat Haji yang diterima

Malam 30
Allah berfirman kepadanya : "Makanlah buah - buahan syurgam mandilah dari air Salsabil dan minumlah dari telaga Kautsar, Aku adalah Tuhanmu dan engkau adalah hambaKu"