Photobucket

Wednesday, January 29, 2014

APAKAH AKU AKAN BERTANYA LAGI?

CORETAN SAJAK KU....

APAKAH AKU AKAN BERTANYA LAGI?

Esok pagi-pagi
aku bertanya
apakah yang aku perjuangkan dalam hidup ini
apakah yang aku kejar dalam hidup ini...
harta atau pun pangkat atau pun kepujian
kerana semalam, aku tidak sempat duduk bertasbih,
meluangkan masa mengingati yang MAHA ESA,
masih terlalu banyak kerja kelmarin, data-data di komputer,
fail-fail berselerak di atas meja.

Esok pagi-pagi
aku bertanya lagi
apakah pahala aku sudah banyak untuk di bawa
ke Alam sana...dan
adakah amalan aku diterima olehNYA...
kerana malam tadi,
aku masih di depan televisyen menonton drama melayu
sambil membalas "message"
di wechat dan whatsaap serta facebook...

Esok pagi-pagi
setelah mayatku diusung kedalam kubur
apakah aku akan bertanya lagi?
dan kerja-kerja komputer,
segala di alam maya...benar! segalanya
sudah tidak bermakna lagi...

sajak ini hasil nurkilan,
Nurfarah Hani Hashim
2014

Cetusan idea ini daripada Blog Koleksi sajak melayu...



No comments: