Photobucket

Tuesday, January 18, 2011

Apabila Syaitan Bermesyuarat

Apabila Syaitan Bermesyuarat


Semoga kita akan terus memperbaiki diri kita dengan menyingkap
kehidupan mereka dalam menegakkan Islam yg suci... insyaAllah.
Secebis ilmu dr para blogger,tolong forwardkan untuk dikongsi
bersama...moga ianya mampu menjadi peringatan bersama, insyaAllah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
selawat dan salam di atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw,
para sahabat, syuhadak serta muslimin dan muslimat.

Syaitan Bermesyuarat (bacalah meskipun anda berada dalam kesibukan)
...tanpa kita sedari...

Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal
ucapannya, dia berkata, "Kita tidak dapat menghalang umat Islam
dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka
dari membaca Al-Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar.
Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah
perhubungan intim dengan Allah. Sebaik sahaja mereka dapat
menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka
akan terputus."

"Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah
mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung,
tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa
untuk membina perhubungan dengan Pencipta."

"Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah," kata Syaitan: "lalaikan
mereka dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan
perhubungan yang penting itu sepanjang hari."

"Bagaimana caranya?" jerit para iblis.

"Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah
dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi
minda mereka," jawabnya "pengaruhi mereka untuk belanja, belanja,
belanja dan hutang, hutang, hutang. Pujuk isteri-isteri mereka untuk
keluar bekerja buat jangkawaktu yang panjang dan suami-suami
mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 - 12 jam sehari, guna
untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu."

"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka.
Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka
tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."

"Rangsangkan minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi
mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio
atau keset sewaktu memandu, biarkan TV, VCD, CD dan PC mereka
sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai
dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan musik yang tidak
islamik. Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan
perhubungan dengan Allah."

"Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar. Sumbatkan
minda mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu
mereka dengan papan-papan iklan. Penuhkan peti-peti surat mereka
dengan mel remeh, katalog jual gaya pos, sweepstakes dan segala
jenis surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan
dan perkhidmatan percuma; dan impian palsu."

"Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam
majalah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan
luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak berpuas hati dengan
isteri-isteri mereka."

"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami
mereka di malam hari. Tambahkan sekali dengan pening kepala!
Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami
mereka, suami akan meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan
memporak-perandakan keluarga mereka dengan pantas."

"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut Kristian untuk
melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam
yang sebenar dan hari-hari perayaannya."

"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekreasi.
Buatlah sehingga mereka terlalu letih sesuai berekreasi. Sibukkan
mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi
dan memikirkan tentang ciptaan Allah. Sebaliknya hantarlah mereka
ke taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert
dan panggung wayang."

"Jadikan mereka SIBUK, SIBUK, SIBUK!"

"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian,
libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati
mereka tidak tenang ketika bersurai."

"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka
tidak mempunyai kesempatan meminta pertolongan dari Allah.
Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya dengan kederat
mereka sendiri, mengorbankan kesihatan dan keluarga mereka untuk
kerja-kerja amal tadi."

"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan calang-calang perancangan
ini! Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka
untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk
dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini. Hanya mempunyai
sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka.
Tidak berkesempatan untuk menceritakan kepada orang lain tentang
kekuasaan Allah agar terbuka hati mereka kepada Islam. Rasa saya,
persoalannya di sini,

"Adakah perancangan Syaitan ini telah berhasil?"

~ Hakimilah sendiri! Adakah sibuk (BUSY) bermakna :

B-eing U-nder S-atan's Y-oke? - Berada di bawah telunjuk Syaitan?

Wallahua'lam...

**Nukilan Hamba ALLAH buat MUHASABAH CINTA DAKU,
KAMU DAN SEKALIAN UMMAT.. (,^^)

No comments: