Photobucket

Sunday, November 14, 2010

entry time nie nk cite ckit bab kesihatan...
disebabkan kesibukkan kita berkerja atau belajar kita jd lupa untuk menjaga kesihatan kita. walaupon kita tahu kesihatan tu penting!...nnt ble dh kene penyakit bru lah rase nk insaf kan...disini sya menyeru kpd sume warga x kire knak2,remaja,dewasa,@warga tua...untuk sentiasa mengambil berat tentang makanan yg kite ambil...jd diharap tips2 artikal sebegini dpt menjadi panduan kepada semua.....
http://www.emocutez.com

KESIHATAN adalah sesuatu yang amat berharga dalam dunia masa kini yang terdedah dengan berbagai ancaman penyakit dan masalah kesihatan. Punca utama musibah ini adalah hasil dari gaya hidup yang tidak sihat serta amalan pemakanan yang tidak bijaksana.

Piramid makanan sangat membantu dalam pemilihan makanan berkhasiat

Pemilihan pemakanan yang tidak bijaksana akan mendedahkan manusia kepada pengumpulan bahan kimia, toksik, racun di dalam tubuh badan. Malah yang lebih dahsyat, manusia sudah mengamalkan makanan luar tabii dengan menzalimi berbagai jenis haiwan yang bukan tergolong sebagai haiwan yang boleh dimakan. Apakah “SARS” juga turun sebagai “bala” yang disebabkan amalan pemakanan yang zalim ?

Justeru…..kembalilah kepada pemakanan semulajadi dan berfitrah. Amalkanlah gaya pemakanan sihat.

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT

1. Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.


2. Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya “Bismillah” dan menyudahi dengan “Alhamdulillah”.http://www.emocutez.com

3. Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.http://www.emocutez.com

4. Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.http://www.emocutez.com


5. Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.


6. Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.


7. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.


8. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.


9. Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.


10. Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagihttp://www.emocutez.com


11. Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.


12. Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..

Sekiranya anda mampu untuk mengamalkan kesemua perkara di atas, anda telah dapat menunaikan kewajipan iaitu menjaga kesihatan tubuh badan yang dikurniakan oleh Allah SWT.http://www.emocutez.com


No comments: